Malaysia legislation

Section 7

of PERATURAN-PERATURAN KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (INSTITUSI PENGURUSAN DANA) 2016

Seksyen 7

(1)

Jika ahli Kumpulan Wang yang telah membuat pelaburan di bawah

Bahagian IIIA Akta mati, kesemua amaun yang ada dalam akaun pelaburan ahli Kumpulan Wang itu hendaklah disifatkan sebagai telah dikeluarkan daripada kredit ahli Kumpulan Wang itu pada tarikh institusi pengurusan dana itu menerima notis mengenai kematian ahli Kumpulan Wang itu daripada Lembaga.

(2)

Institusi pengurusan dana itu hendaklah, apabila menerima notis mengenai kematian ahli Kumpulan Wang itu daripada Lembaga, mengagihkan kesemua amaun yang ada dalam akaun pelaburan ahli Kumpulan Wang itu menurut peruntukan undang-undang yang terpakai yang berhubungan dengan pembahagian harta pusaka.

Kesan pengeluaran di bawah perenggan 54(1)(c) atau (e), atau seksyen 54C, Akta 8.

(1)

Lembaga hendaklah memberitahu institusi pengurusan dana jika mana-mana ahli Kumpulan Wang yang telah membuat pelaburan dengan institusi pengurusan dana membuat pengeluaran di bawah perenggan 54(1)(c) atau (e), atau seksyen 54C, Akta.

(2)

Kesemua amaun yang ada dalam akaun pelaburan ahli Kumpulan Wang itu hendaklah, daripada tarikh pemberitahuan di bawah subperaturan

(1)

, disifatkan sebagai telah dikeluarkan daripada kredit ahli Kumpulan Wang itu dan ahli

Kumpulan Wang itu hendaklah berurusan terus dengan institusi pengurusan dana itu berhubung dengan amaun yang ada dalam akaun pelaburan ahli Kumpulan Wang itu.

7

Section 7 — PERATURAN-PERATURAN KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (INSTITUSI PENGURUSAN DANA) 2016