Malaysia legislation

Section 2

of PERATURAN-PERATURAN LEMBAGA ANGKASA MALAYSIA 2024

Seksyen 2

Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteks menghendaki makna yang lain—

“aktiviti yang dibenarkan” ertinya pelancaran suatu objek angkasa ke angkasa di bawah permit yang dikeluarkan oleh Lembaga;

“jendela pelancaran” ertinya tempoh masa bagi suatu aktiviti yang dibenarkan;

“kemasukan semula” ertinya mengembalikan atau cubaan mengembalikan, dengan niat, objek angkasa dari angkasa ke Bumi;

“kenderaan kemasukan semula” ertinya kenderaan yang direka untuk kembali daripada orbit bumi ke Bumi atau daripada angkasa ke Bumi;

P.U. (A) 456 6

“kenderaan pelancar” ertinya kenderaan yang digunakan bagi tujuan mengangkut muatan ke angkasa lepas atau kembali dari angkasa, sama ada penerbangan orbit atau penerbangan suborbit termasuk kenderaan pelancar guna semula atau kenderaan pelancar sekali guna;

“kenderaan percubaan” ertinya penyelidikan dan pembangunan prototaip komponen yang direka untuk menguji konsep reka bentuk kenderaan pelancar baharu, peralatan baharu atau teknik pengoperasian baharu;

“mengilang” termasuklah untuk membina satu atau lebih objek angkasa;

“muatan” ertinya suatu objek yang dibawa atau ditempatkan di angkasa menggunakan kenderaan pelancar atau kenderaan kemasukan semula termasuk komponen kenderaan yang direka atau disesuaikan khusus untuk objek tersebut;

“penerbangan angkasa” ertinya suatu aktiviti angkasa yang menggunakan kenderaan pelancar untuk mengangkut personel, penumpang atau muatan dari Bumi ke angkasa atau kemasukan semula dari angkasa ke Bumi, sama ada penerbangan tersebut ialah penerbangan orbit, penerbangan suborbit atau penerbangan melangkaui orbit bumi;

“penerbangan orbit” ertinya suatu penerbangan angkasa dengan niat untuk melengkapkan satu orbit mengelilingi Bumi;

“penerbangan suborbit” ertinya suatu penerbangan angkasa dengan tujuan untuk memasuki angkasa tanpa niat untuk melengkapkan satu orbit mengelilingi Bumi.

Section 2 — PERATURAN-PERATURAN LEMBAGA ANGKASA MALAYSIA 2024