Malaysia legislation
Section 2
of PERATURAN-PERATURAN LEMBAGA GETAH MALAYSIA (PELESENAN DAN PERMIT) 2014
Seksyen 2
Dalam Peraturan-Peraturan ini―
“bahan tanaman getah” termasuklah biji benih getah, anak benih, keratan, kayu mata tunas (hijau dan perang), tumbuh-tumbuhan bertunas (termasuk tunggul bertunas akar terdedah, tumbuh-tumbuhan bertunas dalam polibeg dan tunggul teras), dan apa-apa tisu atau bahagian tumbuh-tumbuhan yang boleh dibiakkan atau digandakan dengan apa-apa cara, termasuklah melalui teknik konvensional atau teknik bioteknologi;
“getah mentah tercemar” ertinya getah mentah yang dicemari oleh bendasing yang mungkin bersifat organik seperti daun atau kulit kayu, atau bersifat bukan organik seperti pasir, tanah, plastik, bahan kimia, logam, atau getah tervulkan atau bukan tervulkan, sehingga menyebabkan pengurangan kualiti yang tidak dapat dipulihkan semula atau yang menjejaskan aliran operasi pemprosesan getah;
P.U. (A) 119 7
“lesen” ertinya suatu lesen yang dikeluarkan oleh Lembaga di bawah subperaturan 5(1);
“pekebun kecil getah” ertinya seseorang yang memiliki dan mengendalikan satu ladang getah atau lebih dalam suatu Negeri yang jumlah keseluruhannya tidak melebihi 40.46 hektar;
“pemegang lesen” ertinya seseorang yang dikeluarkan lesen di bawah subperaturan 5(1);
“pemegang permit” ertinya pemegang Permit Autoriti Transaksi Getah, Permit
PST-G atau Permit Eksport, yang mana-mana berkenaan;
“pengendali ladang getah” ertinya seseorang yang memperoleh pendapatan daripada hasil getah sesuatu ladang getah yang dimiliki oleh pekebun kecil getah secara pajakan atau perkongsian dengan persetujuan pekebun kecil getah itu;
“permit” ertinya Permit Autoriti Transaksi Getah, Permit PST-G atau Permit
Eksport yang dikeluarkan oleh Lembaga di bawah subperaturan 24(1);
“Permit Autoriti Transaksi Getah” ertinya suatu permit untuk menjual getah yang dikeluarkan di bawah subperaturan 24(1);
“Permit Eksport” ertinya suatu permit untuk mengeksport konsainan getah yang dikeluarkan di bawah subperaturan 24(1);
“Permit PST-G” ertinya suatu permit untuk membeli, menyimpan dan menjual sarung tangan getah ditolak dan sarung tangan getah sekerap yang dikeluarkan di bawah subperaturan 24(1);
P.U. (A) 119 8
“tumbuh-tumbuhan getah” ertinya—
(a)
apa-apa tumbuh-tumbuhan daripada spesies Hevea dalam famili
Euphorbiaceaese sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama dan kacukan antara spesiesnya; dan
(b)
apa-apa tumbuh-tumbuhan selain spesies Hevea termasuklah apa-apa tumbuh-tumbuhan yang diubah secara genetik yang berasal daripada spesies Hevea dan kacukannya sebagaimana yang dinyatakan dalam