Malaysia legislation

Section 4

of PERATURAN-PERATURAN LEMBAGA INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA (PENGKOMPAUNAN KESALAHAN) 2015

Seksyen 4

(1)

Jika suatu tawaran untuk mengkompaun kesalahan dibuat dan disetuju terima oleh orang yang kepadanya tawaran itu dibuat, dia boleh membayar kompaun itu—

(a)

secara tunai dan hendaklah diserahkan secara sendiri kepada

Lembaga;

(b)

secara kiriman wang, kiriman wang pos atau pesanan bank yang kena dibayar kepada Kumpulan Wang Lembaga Pembangunan

Industri Pembinaan Malaysia dan dipalang dengan perkataan

"Akaun Penerima Sahaja"; atau

(c)

secara kad kredit atau pemindahan wang secara elektronik.

(2)

Jika bayaran dibuat di bawah perenggan 4(1)(b), ia boleh diserahkan secara sendiri atau dihantar melalui pos berdaftar atau melalui perkhidmatan kurier yang dialamatkan kepada Lembaga.

(3)

Lembaga hendaklah mengeluarkan suatu resit rasmi untuk pembayaran kompaun kepada orang yang kepadanya tawaran kompaun itu telah dibuat.

(4)

Bagi maksud subperaturan (3), “resit rasmi” termasuklah apa-apa resit elektronik yang dikeluarkan oleh Lembaga jika bayaran dibuat secara kad kredit atau pemindahan wang secara elektronik.

P.U. (A) 101 4

Section 4 — PERATURAN-PERATURAN LEMBAGA INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA (PENGKOMPAUNAN KESALAHAN) 2015