Malaysia legislation
Section 11
of PERATURAN-PERATURAN LEMBAGA KENAF DAN TEMBAKAU NEGARA (PELESENAN KENAF DAN KELUARAN KENAF) 2011
Seksyen 11
(1)
Suatu permohonan bagi memindah milik lesen hendaklah dibuat dalam
Borang 4 sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua berserta fi yang ditetapkan kepada Lembaga, secara elektronik atau sebaliknya.
(2)
Setelah menimbangkan permohonan itu,
Lembaga hendaklah memberitahu pemohon keputusannya secara bertulis.
(3)
Setelah menerima kelulusan bertulis daripada Lembaga, pemohon hendaklah memulangkan lesen untuk diendorskan oleh Lembaga.
(4)
Pemohon boleh menarik balik permohonan pada bila-bila masa sebelum pindah milik lesen itu diluluskan atau ditolak.
(5)
Walau apa pun subperaturan (4), apa-apa pembayaran fi yang ditetapkan yang telah dibuat tidak boleh dipulangkan.
(6)
Lembaga boleh membatalkan kelulusan bertulis jika Lembaga berpuas hati bahawa—
11
(a)
mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain atau mana-mana syarat, batasan atau sekatan lesen itu tidak dipatuhi;
(b)
pengeluaran lesen telah didorong oleh representasi palsu mengenai fakta oleh atau bagi pihak pemegang lesen; atau
(c)
pemegang lesen telah terhenti menjalankan atau mengendalikan apa-apa aktiviti yang baginya lesen itu dikeluarkan.
Pembaharuan lesen