Seksyen 26
Larangan permohonan yang sama sebelum penentuan rayuan
of Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (Pelesenan Kenaf dan Keluaran Kenaf) 2011
P.U. (A)In forceProvision 27 of 39
Seksyen 26
(1)
Jika seseorang pemohon merayu terhadap apa-apa penentuan Lembaga, pemohon tidak boleh selepas itu membuat permohonan yang sama di bawah Peraturan-Peraturan ini sehingga rayuan itu telah ditentukan oleh Menteri.
(2)
Walau apa pun subperaturan (1), jika mana-mana lesen telah diberikan hasil daripada permohonan yang sama, lesen yang diberikan itu hendaklah disifatkan sebagai terbatal.