Malaysia legislation

Section 30

of PERATURAN-PERATURAN LEMBAGA KENAF DAN TEMBAKAU NEGARA (PELESENAN KENAF DAN KELUARAN KENAF) 2011

Seksyen 30

(1)

Mana-mana orang boleh mengemukakan aduan bertulis kepada Lembaga jika orang itu mempunyai apa-apa sebab untuk mempercayai bahawa pemegang lesen—

(a)

telah disabitkan dengan kesalahan di bawah Akta ini;

(b)

tidak kompeten atau tidak layak untuk melaksanakan aktiviti berlesen; atau

(c)

telah mendapat lesen secara fraud atau salah nyataan.

(2)

Suatu aduan hendaklah menyatakan sebab kepercayaan yang menjadi asas aduan.

(3)

Setelah menerima aduan Lembaga hendaklah bermesyuarat dengan segera dan memutuskan untuk mengadakan suatu siasatan atau tidak.

Pemberitahuan kepada pemegang lesen

Section 30 — PERATURAN-PERATURAN LEMBAGA KENAF DAN TEMBAKAU NEGARA (PELESENAN KENAF DAN KELUARAN KENAF) 2011