Malaysia legislation

Section 10

of PERATURAN-PERATURAN LEMBAGA KENAF DAN TEMBAKAU NEGARA (PELESENAN TEMBAKAU DAN KELUARAN TEMBAKAU) 2011

Seksyen 10

(1)

Setelah mempertimbangkan permohonan itu, Lembaga hendaklah memberitahu pemohon keputusan Lembaga untuk meluluskan atau menolak permohonan itu secara bertulis.

(2)

Tiada seseorang boleh membuat permohonan selanjutnya berikutan penolakan permohonan oleh Lembaga bagi tempoh dua bulan dari tarikh penolakan permohonan itu.

(3)

Mana-mana orang yang melanggar subperaturan (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

P.U. (A) 199 10

Pengeluaran lesen

Section 10 — PERATURAN-PERATURAN LEMBAGA KENAF DAN TEMBAKAU NEGARA (PELESENAN TEMBAKAU DAN KELUARAN TEMBAKAU) 2011