Malaysia legislation
Section 18
Seksyen 18
(1)
Lembaga boleh menggantung, membatalkan atau menolak untuk membaharui lesen jika Lembaga berpendapat bahawa pemegang lesen gagal untuk menunjukkan sebab mengapa suatu lesen tidak sepatutnya digantung, dibatalkan atau ditolak pembaharuannya.
(2)
Lembaga hendaklah memaklumkan pemegang lesen keputusannya secara bertulis.
(3)
Jika lesen digantung, dibatalkan atau ditolak pembaharuannya, lesen tidak sah—
(a)
semasa tempoh penggantungan;
(b)
dari tarikh pembatalan; atau
(c)
apabila ditolak pembaharuannya.
(4)
Seseorang yang lesennya telah dibatalkan atau seseorang yang permohonannya bagi membaharui lesen telah ditolak tidak boleh dilesenkan semula
P.U. (A) 199 14
selama tempoh tidak melebihi dua tahun dari tarikh pembatalan atau sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga pada masa suatu keputusan dibuat.
Penggantungan sementara