Malaysia legislation
Section 21
Seksyen 21
Penyerahan lesen
(1)
Seseorang pemegang lesen boleh menyerah lesennya dengan mengemukakannya kepada Lembaga berserta notis bertulis mengenai penyerahan itu.
(2)
Penyerahan itu hendaklah berkuat kuasa pada tarikh Lembaga menerima lesen dan notis itu atau pada tarikh yang dinyatakan dalam notis itu.
(3)
Seseorang pemegang lesen tidak dibenarkan untuk menarik balik penyerahan lesen itu melainkan jika penyerahan itu dinyatakan untuk berkuat kuasa pada tarikh terkemudian dan sebelum tarikh itu Lembaga melalui notis membenarkan penyerahan itu ditarik balik.
P.U. (A) 199 15