Malaysia legislation

Section 32

of PERATURAN-PERATURAN LEMBAGA KENAF DAN TEMBAKAU NEGARA (PELESENAN TEMBAKAU DAN KELUARAN TEMBAKAU) 2011

Seksyen 32

(1)

Mana-mana orang boleh mengemukakan aduan bertulis kepada Lembaga jika orang itu mempunyai apa-apa sebab untuk mempercayai bahawa pemegang lesen—

(a)

telah disabitkan dengan kesalahan di bawah Akta ini;

(b)

tidak kompeten atau tidak layak untuk melaksanakan aktiviti berlesen; atau

(c)

telah mendapat lesen secara fraud atau salah nyataan.

(2)

Suatu aduan hendaklah menyatakan sebab kepercayaan yang menjadi asas aduan.

(3)

Setelah menerima aduan Lembaga hendaklah bermesyuarat dengan segera dan memutuskan untuk mengadakan siasatan atau tidak.

Pemberitahuan kepada pemegang lesen

Section 32 — PERATURAN-PERATURAN LEMBAGA KENAF DAN TEMBAKAU NEGARA (PELESENAN TEMBAKAU DAN KELUARAN TEMBAKAU) 2011