Malaysia legislation

Section 33

of PERATURAN-PERATURAN LEMBAGA KENAF DAN TEMBAKAU NEGARA (PELESENAN TEMBAKAU DAN KELUARAN TEMBAKAU) 2011

Seksyen 33

(1)

Setelah mempertimbangkan aduan di bawah peraturan 32, Lembaga boleh mengadakan suatu siasatan terhadap aduan itu jika Lembaga fikirkan siasatan itu perlu dan patut.

(2)

Lembaga hendaklah memberikan pemegang lesen—

P.U. (A) 199 20

(a)

notis bertulis sekurang-kurangnya dua puluh satu hari mengenai masa dan tempat siasatan itu;

(b)

sekurang-kurangya sepuluh hari sebelum siasatan itu suatu ringkasan bertulis mengenai apa yang didakwa terhadap pemegang lesen itu; dan

(c)

peluang yang munasabah untuk didengar atau untuk membuat representasi bertulis.

(3)

Pemegang lesen itu boleh—

(a)

menghadiri siasatan itu;

(b)

diwakilkan; dan

(c)

memeriksa dan memeriksa balas saksi dan selainnya memberi keterangan.

(4)

Lembaga boleh mengadakan siasatan dalam apa cara sekali pun yang difikirkan Lembaga sesuai dan saksama dan tidak terikat dengan kaedah keterangan.

(5)

Seseorang yang menghadiri siasatan untuk memberikan keterangan atau untuk mengemukakan dokumen atau ekshibit lain adalah layak untuk mendapat bayaran bagi perbelanjaan dan kehilangan masa sebagaimana yang ditentukan oleh

Lembaga.

(6)

Jika pemegang lesen itu didapati bersalah ke atas aduan itu, Lembaga boleh mengenakan ke atas pemegang lesen itu salah satu atau mana-mana gabungan dua atau lebih yang berikut:

P.U. (A) 199 21

(a)

menggantung pemegang lesen;

(b)

mengeluarkan nama pemegang lesen dari Daftar;

(c)

membatalkan lesen pemegang lesen; atau

(d)

tidak melayakkan pemegang lesen untuk tempoh satu tahun.

(7)

Lembaga hendaklah memberitahu pemegang lesen dan pengadu mengenai penentuan itu secara bertulis.

Siasatan awal terhadap aduan

Section 33 — PERATURAN-PERATURAN LEMBAGA KENAF DAN TEMBAKAU NEGARA (PELESENAN TEMBAKAU DAN KELUARAN TEMBAKAU) 2011