Malaysia legislation

Section 38

of PERATURAN-PERATURAN LEMBAGA KENAF DAN TEMBAKAU NEGARA (PELESENAN TEMBAKAU DAN KELUARAN TEMBAKAU) 2011

Seksyen 38

(1)

Pemegang lesen atau pemegang perakuan kebenaran boleh memohon secara bertulis kepada Lembaga bagi mendapatkan suatu salinan diakui sah lesen atau perakuan kebenaran berserta fi yang ditetapkan.

(2)

Suatu permohonan di bawah subperaturan (1) hendaklah disertakan dengan suatu akuan berkanun atau laporan polis oleh pemegang lesen atau pemegang perakuan kebenaran bahawa lesen atau perakuan kebenaran yang dikeluarkan kepada pemegang lesen atau pemegang perakuan itu telah hilang, dimusnahkan atau dicacatkan, atau berserta suatu pernyataan yang menyatakan sebab bagi permohonan itu.

P.U. (A) 199 23

(3)

Lembaga boleh mengeluarkan atau menolak untuk mengeluarkan salinan diakui sah lesen atau perakuan kebenaran kepada pemegang lesen atau pemegang perakuan kebenaran.

Fi

Section 38 — PERATURAN-PERATURAN LEMBAGA KENAF DAN TEMBAKAU NEGARA (PELESENAN TEMBAKAU DAN KELUARAN TEMBAKAU) 2011