Malaysia legislation
Section 8
Seksyen 8
(1)
Lembaga boleh mengeluarkan lesen sementara mengikut borang yang ditetapkan kepada pemohon.
(2)
Lembaga boleh membatalkan lesen sementara sekiranya Lembaga berpuas hati bahawa—
(a)
mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain atau mana-mana syarat, batasan atau sekatan lesen itu tidak dipatuhi;
(b)
pengeluaran lesen telah didorong oleh representasi palsu mengenai fakta oleh atau bagi pihak pemegang lesen; atau
(c)
pemegang lesen telah terhenti menjalankan atau mengendalikan apa-apa aktiviti yang baginya lesen itu dikeluarkan.
(3)
Lesen sementara hendaklah sah bagi tempoh enam bulan atau sehingga lesen dikeluarkan oleh Lembaga, mengikut mana-mana yang lebih pendek.
(4)
Lembaga boleh melanjutkan tempoh kesahan lesen sementara sebagaimana yang difikirkannya patut.
P.U. (A) 199 9
Prosedur permohonan