Malaysia legislation
Section 3
of PERATURAN-PERATURAN LEMBAGA KENAF DAN TEMBAKAU NEGARA (PENGKOMPAUNAN KESALAHAN) 2024
Seksyen 3
(1)
Apabila menerima apa-apa maklumat atau aduan bahawa suatu kesalahan yang boleh dikompaun telah dilakukan, Ketua Pengarah boleh, dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya yang disebut dalam subperaturan 2(2), mengeluarkan suatu tawaran untuk mengkompaun kesalahan itu dalam
Borang 2 Jadual Kedua.
(2)
Suatu tawaran untuk mengkompaun suatu kesalahan adalah sah bagi tempoh empat belas hari bermula dari tarikh tawaran itu diterima oleh orang yang kepadanya tawaran itu dibuat atau apa-apa tempoh lanjutan yang boleh diberikan oleh Ketua Pengarah dan jika pembayaran penuh bagi jumlah yang ditawarkan itu dibuat pada atau sebelum habis tempoh empat belas hari atau apa-apa tempoh lanjutan
P.U. (A) 6 3
yang diberikan itu, tiada prosiding selanjutnya boleh diambil terhadap orang yang telah melakukan kesalahan itu.
Penyetujuterimaan kompaun