Malaysia legislation
Section 5
of PERATURAN-PERATURAN LEMBAGA KENAF DAN TEMBAKAU NEGARA (PENGKOMPAUNAN KESALAHAN) 2024
Seksyen 5
Pembayaran kompaun
(1)
Jika suatu tawaran untuk mengkompaun kesalahan disetuju terima oleh orang yang kepadanya tawaran itu dibuat, dia hendaklah membayar kompaun itu secara tunai, melalui kiriman wang, kiriman wang pos, pesanan juruwang, pesanan bank atau draf bank yang kena dibayar kepada Lembaga Kenaf dan
Tembakau Negara dan dipalang dengan perkataan “Akaun Penerima Sahaja”, atau melalui kad kredit atau pemindahan wang secara elektronik.
(2)
Pembayaran kompaun yang dibuat di bawah subperaturan (1)—
(a)
secara tunai hendaklah diserahkan sendiri kepada Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara atau mana-mana pejabat Lembaga;
(b)
melalui kiriman wang, kiriman wang pos, pesanan juruwang, pesanan bank atau draf bank yang kena dibayar kepada Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara dan dipalang dengan perkataan “Akaun Penerima Sahaja’’ hendaklah diserahkan sendiri atau dihantar melalui pos berdaftar bayar dahulu atau perkhidmatan kurier ke alamat yang dinyatakan dalam Borang 2 Jadual Kedua atau mana-mana pejabat Lembaga;
atau
(c)
melalui kad kredit atau pemindahan wang secara elektronik ke dalam nombor akaun bank yang dipaparkan dalam laman sesawang rasmi Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara dan resit pembayaran hendaklah diserahkan ke alamat yang
P.U. (A) 6 4
dinyatakan dalam Borang 2 Jadual Kedua atau mana-mana pejabat
Lembaga sebagai bukti pembayaran.
(3)
Lembaga hendaklah mengeluarkan suatu resit rasmi bagi tiap-tiap pembayaran yang diterima di bawah subperaturan (1) kepada orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu telah dibuat.