Seksyen 14
Salinan lesen yang diperakui sah
of Peraturan–Peraturan Lembaga Koko Malaysia 2012
P.U. (A)In forceProvision 13 of 25
Seksyen 14
(1)
Pemegang lesen boleh memohon secara bertulis kepada Lembaga bagi suatu salinan lesen yang diperakui sah.
(2)
Suatu permohonan di bawah subperaturan (1) hendaklah disertakan dengan suatu pernyataan yang menyatakan sebab-sebab bagi permohonan itu.
(3)
Lembaga boleh mengeluarkan salinan lesen yang diperakui sah kepada pemohon jika Lembaga berpuas hati bahawa salinan lesen yang diperakui sah itu dikehendaki atas alasan yang sah.