Malaysia legislation
Section 16
Seksyen 16
(1)
Jika Lembaga berpendapat bahawa mana-mana pemegang lesen telah melanggar atau gagal mematuhi mana-mana peruntukan di bawah Peraturan-Peraturan ini atau mana-mana syarat atau sekatan yang dikenakan ke atas lesen itu, Lembaga
P.U. (A) 41 11
boleh meminta pemegang lesen itu untuk menunjukkan sebab mengapa lesennya tidak patut dibatalkan.
(2)
Jika pemegang lesen gagal untuk menunjukkan sebab sebagaimana yang dikehendaki di bawah subperaturan (1), Lembaga boleh mengambil tindakan dengan menggantung lesen itu untuk tempoh tidak melebihi enam bulan.
(3)
Lembaga boleh melanjutkan tempoh penggantungan yang diberi kepada pemegang lesen itu di bawah subperaturan (2) bagi pemegang lesen mengambil tindakan pembetulan dan untuk mematuhi syarat lesen itu dan keseluruhan tempoh penggantungan itu hendaklah tidak melebihi dua belas bulan.
(4)
Jika pemegang lesen gagal mengambil tindakan pembetulan di bawah subperaturan (3), Lembaga boleh membatalkan lesen selepas tempoh penggantungan itu tamat.
Penarikan balik lesen