Malaysia legislation

Section 2

of PERATURAN–PERATURAN LEMBAGA KOKO MALAYSIA 2012

Seksyen 2

Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain

“agensi penggredan koko” ertinya mana-mana badan, firma, syarikat atau badan berkanun yang berdaftar dengan Lembaga untuk menggred biji koko atau keluaran koko dan mengeluarkan suatu sijil penggredan bagi maksud mengeksport atau mengimport;

“biji koko basah” ertinya biji koko segar yang diperoleh setelah buah koko dibelah;

“biji koko kering” ertinya biji koko yang telah melalui proses pengeringan;

“fermentasi” ertinya suatu proses apabila biji koko basah melalui perubahan biokima yang menukar bentuk fizikal dan kandungan kokonya;

P.U. (A) 41 5

“gred” ertinya penentuan gred bagi biji koko mengikut penentuan standard yang diisytiharkan menurut Akta Standard Malaysia 1996 [Akta 549];

“lesen” ertinya suatu lesen yang dikeluarkan di bawah peraturan 3;

“keluaran separa siap” ertinya likuor koko, mentega koko, koko berbuku dan serbuk koko;

“membeli” termasuklah untuk memperoleh bagi suatu balasan selain wang;

“memproses biji koko basah” ertinya apa-apa pelaksanaan bagi satu atau lebih aktiviti yang berkaitan dengan fermentasi, pengeringan, pembersihan dan penyisihan;

“pedagang keluaran separa siap” ertinya seseorang yang memegang suatu lesen yang sah untuk menjalankan aktiviti yang dinyatakan dalam subperaturan 3(2);

“pedagang koko” ertinya seseorang yang memegang suatu lesen yang sah untuk menjalankan aktiviti yang dinyatakan dalam subperaturan 3(1);

“pegawai yang diberi kuasa” ertinya mana-mana pegawai yang diberi kuasa di bawah seksyen 23A Akta;

“penggred” ertinya mana-mana orang termasuklah suatu agensi penggredan koko, berdaftar dengan Lembaga dan memegang suatu kad penggred yang dikeluarkan oleh Lembaga;

“penggredan” ertinya aktiviti menentukan gred biji koko, keluaran koko atau bahan tanaman koko;

“pengisar koko” ertinya seseorang yang memegang suatu lesen yang sah untuk menjalankan aktiviti yang dinyatakan dalam subperaturan 3(3);

P.U. (A) 41 6

“peniaga biji koko basah” ertinya mana-mana orang yang membeli dan memproses biji koko basah menjadi biji koko kering;

“premis berlesen” merujuk kepada premis yang disebut dalam lesen; dan

“pendaftaran” ertinya suatu pendaftaran apa-apa aktiviti di bawah peraturan

Section 2 — PERATURAN–PERATURAN LEMBAGA KOKO MALAYSIA 2012