Skip to content

Seksyen 26

Peruntukan kecualian dan peralihan

of Peraturan–Peraturan Lembaga Koko Malaysia 2012

P.U. (A)In forceProvision 25 of 25
Seksyen 26

(1)

Semua arahan dan perintah yang dibuat di bawah Peraturan-Peraturan yang dibatalkan hendaklah terus berkuat kuasa dan mempunyai kesan sehingga dipinda atau dibatalkan di bawah Peraturan-Peraturan ini.

(2)

Mana-mana lesen atau perakuan yang dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan yang dibatalkan hendaklah, pada tarikh Peraturan-Peraturan ini berkuat kuasa, disifatkan sebagai dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan ini sehingga tamat tempoh lesen atau perakuan itu.

(3)

Semua permohonan atau kelulusan yang belum diputuskan di bawah

Peraturan-Peraturan yang dibatalkan hendaklah, pada tarikh Peraturan-Peraturan ini berkuat kuasa, diuruskan oleh Lembaga di bawah Peraturan-Peraturan ini seolah-olah permohonan atau kelulusan itu dibuat di bawah Peraturan-Peraturan ini.

(4)

Apa-apa rayuan berkenaan suatu keputusan yang dibuat di bawah

Peraturan-Peraturan yang dibatalkan, hendaklah diteruskan di hadapan Lembaga seolah-olah prosiding itu adalah berkenaan dengan keputusan di bawah Peraturan-Peraturan ini.

(5)

Sementara menunggu penentuan permohonan di bawah subperaturan (3), pemohon permohonan itu boleh terus menjalankan aktivitinya.

P.U. (A) 41 15

(6)

Mana-mana orang yang menjalankan mana-mana aktiviti yang disebut dalam peraturan 3 dan 4 sebelum mula berkuat kuasanya Peraturan-Peraturan ini, hendaklah dikehendaki masing-masing untuk memohon lesen atau untuk mendaftar dengan Lembaga dalam tempoh sembilan puluh hari dari tarikh Peraturan-Peraturan ini berkuat kuasa.