Malaysia legislation

Section 4

of PERATURAN–PERATURAN LEMBAGA KOKO MALAYSIA 2012

Seksyen 4

Pelesenan 3.

(1)

Mana-mana orang yang—

(a)

membeli, menjual, memindah dan menyimpan bahan tanaman koko;

(b)

membeli atau memproses biji koko basah;

(c)

membeli, menjual, mengimport atau mengeksport biji koko kering;

atau

(d)

menjalankan gabungan mana-mana atau semua aktiviti di bawah perenggan (a), (b) dan (c), hendaklah memohon untuk suatu lesen yang sah sebagai seorang pedagang koko dengan Lembaga.

(2)

Mana-mana orang yang membeli, menjual, memindah, menyimpan, mengimport atau mengeksport keluaran separa siap hendaklah memohon suatu lesen yang sah sebagai seorang pedagang keluaran separa siap dengan Lembaga.

(3)

Mana-mana orang yang mengisar biji koko kering yang dibeli atau diimport kepada keluaran separa siap untuk tujuan jualan atau eksport hendaklah memohon untuk suatu lesen yang sah sebagai seorang pengisar koko dengan Lembaga.

P.U. (A) 41 7

(4)

Mana-mana orang yang melanggar peraturan ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Pendaftaran 4.

(1)

Mana-mana orang yang—

(a)

memiliki kurang daripada enam hektar ladang koko dan memproses biji koko basah, hendaklah mendaftar dengan Lembaga sebagai seorang pekebun kecil; atau

(b)

membekalkan bahan tanaman koko percuma, hendaklah mendaftar dengan Lembaga sebagai seorang pembekal bahan tanaman koko.

(2)

Tertakluk kepada peraturan 5, mana-mana orang yang memeriksa dan menggred biji koko kering dan mengeluarkan perakuan penggredan untuk tujuan import atau eksport hendaklah mendaftar dengan Lembaga sebagai penggred.

(3)

Mana-mana pendaftaran yang dibuat di bawah subperaturan (1) atau (2)

hendaklah dibuat dalam Borang 2 sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua.

(4)

Mana-mana orang yang melanggar peraturan ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Kad penggred

Section 4 — PERATURAN–PERATURAN LEMBAGA KOKO MALAYSIA 2012