Malaysia legislation

Section 4

of PERATURAN-PERATURAN LEMBAGA KOKO MALAYSIA (PENGKOMPAUNAN KESALAHAN) 2013

Seksyen 4

(1)

Jika suatu tawaran untuk mengkompaun kesalahan telah dibuat dan disetuju terima oleh orang yang kepadanya tawaran itu dibuat, dia hendaklah membuat bayaran yang kena dibayar itu secara tunai atau melalui kiriman wang, wang pos, pesanan juruwang, pesanan bank atau draf bank kepada Ketua Pengarah Lembaga Koko

Malaysia dan dipalang dengan perkataan “Akaun Penerima Sahaja”, dalam tempoh yang dinyatakan dalam tawaran untuk mengkompaun kesalahan itu.

P.U. (A) 58 3

(2)

Pembayaran kompaun hendaklah diserahkan sendiri atau dihantar melalui pos berdaftar prabayar atau perkhidmatan kurier ke alamat yang dinyatakan dalam Borang 1 Jadual Kedua.

(3)

Suatu resit rasmi hendaklah dikeluarkan bagi tiap-tiap bayaran yang diterima di bawah subperaturan (1) kepada orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat.

Penyampaian tawaran bertulis, dsb., melalui pos

Section 4 — PERATURAN-PERATURAN LEMBAGA KOKO MALAYSIA (PENGKOMPAUNAN KESALAHAN) 2013