Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
Penalti
P.U. (A) 195 4
(Dibuat di bawah seksyen 12)
(Disemak—2024)
[22 Disember 1989]
Nama 1.
Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Lembaga
Pemasaran Pertanian Persekutuan (Pendaftaran Orang yang Melibatkan Diri dalam Pemprosesan atau Pemasaran Keluaran Pertanian) 1989.
Tafsiran 2.
Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“maklumat” termasuklah apa-apa maklumat atau butir-butir yang berhubungan dengan pemprosesan atau pemasaran keluaran pertanian;
“orang” termasuklah mana-mana perbadanan, badan berkanun, koperasi, perkongsian, persatuan dan mana-mana kumpulan orang lain, sama ada diperbadankan atau tidak diperbadankan;
“pemprosesan” ertinya apa-apa aktiviti atau siri aktiviti atau operasi sama ada dilakukan secara manual atau mekanikal atau kedua-duanya bagi penyediaan hasil keluaran pertanian untuk jualan atau selainnya.
P.U. (A) 195 5
Kehendak untuk mendaftar dengan Lembaga dan memberikan maklumat 3.
(1)
Lembaga boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, menghendaki mana-mana orang yang melibatkan diri dalam pemprosesan atau pemasaran apa-apa keluaran pertanian untuk mendaftar dengan Lembaga dan memberikan apa-apa maklumat yang difikirkan perlu oleh Lembaga mengikut apa-apa bentuk yang dinyatakan oleh Lembaga, iaitu maklumat yang ada dalam pengetahuan orang itu atau yang dia semunasabahnya boleh dapatkan, dan hendaklah termasuk maklumat yang berikut:
(a)
apa-apa aktiviti pemasaran, termasuk pelabelan, pembungkusan, penggredan, penyimpanan, pengangkutan dan penghantaran keluaran pertanian;
(b)
penjualan keluaran pertanian termasuk kaedah penjualan, nilai, saluran keluar dan eksport;
(c)
pembelian keluaran pertanian termasuk kaedah pembelian, kuantiti, nilai, sumber dan import;
(d)
pemprosesan keluaran pertanian termasuk kaedah, kelengkapan, kadar pertukaran, bahan yang digunakan dan kualiti output; dan
(e)
kuantiti stok.
(2)
Suatu pemberitahuan di bawah subperaturan (1) boleh menghendaki maklumat itu diberikan pada masa tertentu atau dalam lat tempoh tertentu.
(3)
Tanpa menjejaskan subperaturan (2), Lembaga boleh, sebagai tambahan kepada pemberitahuan di bawah subperaturan (1), menyiarkan pemberitahuan itu dalam mana-mana akhbar tempatan sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.
P.U. (A) 195 6
Penyampaian maklumat yang bersifat am 4.
(1)
Lembaga boleh menyampaikan atau mendedahkan apa-apa maklumat yang bersifat am yang didapati di bawah peraturan 3 kepada mana-mana pihak berkuasa atau orang lain yang baginya maklumat itu mungkin berguna hanya jika Lembaga berpendapat bahawa ia adalah demi kepentingan awam untuk berbuat demikian.
(2)
Penyampaian atau pendedahan maklumat di bawah subperaturan (1)
tidak boleh membuat rujukan kepada mana-mana orang yang daripadanya maklumat itu didapatkan.
Penalti 5.
Mana-mana orang yang—
(a)
tidak mematuhi kehendak pemberitahuan di bawah peraturan 3; atau
(b)
dengan disedarinya atau secara melulu memberikan atau menyebabkan diberikan apa-apa maklumat palsu terhadap apa-apa perkara yang dinyatakan dalam pemberitahuan itu, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
P.U. (A) 195 7
(Dibuat di bawah seksyen 12)
(Disemak—2024)
Butir-butir di bawah perenggan 7(ii) dan (iii)
Akta Penyemakan Undang-Undang 1968 [Akta 1]
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Nama
Berkuat kuasa dari-TIADA-
_____________
SENARAI UNDANG-UNDANG ATAU BAHAGIANNYA YANG DIGANTI
No.
Tajuk