Malaysia legislation

Section 3

of PERATURAN-PERATURAN LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA (PENYAMPAIAN NOTIS) 2015

Seksyen 3

(1)

Notis yang disebut dalam subperaturan 2(1) hendaklah disampaikan kepada seseorang melalui penyampaian ke diri atau secara pos berdaftar.

(2)

Notis yang disebut dalam subperaturan 2(2) dan 2(3) boleh disampaikan kepada seseorang dengan cara yang berikut:

(a)

melalui penyampaian ke diri di alamat biasa atau alamat yang akhir diketahui atau tempat perniagaan orang itu; atau

P.U. (A) 102 3

(b)

melalui pos biasa atau pos berdaftar Akuan Terima yang dialamatkan ke tempat tinggal atau tempat perniagaan orang itu yang lazim atau yang akhir diketahui.

(3)

Notis yang disebut dalam peraturan 2 disifatkan telah disampaikan kepada syarikat atau pertubuhan yang diperbadankan jika notis itu telah disampaikan pada setiausaha syarikat atau pertubuhan itu di pejabat berdaftar atau pejabat utamanya.

Pembatalan

Section 3 — PERATURAN-PERATURAN LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA (PENYAMPAIAN NOTIS) 2015