Malaysia legislation

Section 14

of PERATURAN-PERATURAN LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM (JAWATANKUASA TATATERTIB DAN JAWATANKUASA RAYUAN TATATERTIB) 2023

Seksyen 14

Tatacara rayuan bagi pekerja selain Ketua Pegawai Eksekutif

(1)

Suatu rayuan oleh seorang pekerja, selain Ketua Pegawai Eksekutif, yang telah didapati bersalah oleh suatu Jawatankuasa Tatatertib hendaklah dibuat secara bertulis melalui Ketua Jabatannya dan Ketua Jabatan Sumber Manusia kepada

Jawatankuasa Rayuan Tatatertib yang sesuai dalam tempoh empat belas hari dari tarikh keputusan Jawatankuasa Tatatertib itu disampaikan kepada pekerja itu.

(2)

Ketua Jabatan yang disebut dalam subperaturan (1) hendaklah, tidak lewat daripada empat belas hari dari tarikh dia menerima rayuan itu, mengemukakan rayuan itu berserta dengan ulasannya kepada Jawatankuasa Tatatertib yang terhadap keputusannya rayuan itu dibuat.

(3)

Dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh Jawatankuasa Tatatertib itu menerima rayuan dan ulasan Ketua Jabatan itu, Jawatankuasa Tatatertib yang terhadap keputusannya rayuan itu dibuat hendaklah menyebabkan sesalinan rekod prosiding tatatertib terhadap pekerja itu dihantar kepada Jawatankuasa Rayuan Tatatertib berserta dengan alasan keputusan Jawatankuasa Tatatertib itu.

P.U. (A) 248 8

(4)

Pengerusi Jawatankuasa Rayuan Tatatertib boleh melanjutkan tempoh yang dinyatakan dalam subperaturan (1) atas permohonan pekerja yang berkenaan dan atas sebab-sebab yang mencukupi diberikan.

Tatacara rayuan bagi Ketua Pegawai Eksekutif

Section 14 — PERATURAN-PERATURAN LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM (JAWATANKUASA TATATERTIB DAN JAWATANKUASA RAYUAN TATATERTIB) 2023