Malaysia legislation
Section 15
Seksyen 15
(1)
Suatu rayuan oleh Ketua Pegawai Eksekutif yang telah didapati bersalah oleh suatu Jawatankuasa Tatatertib hendaklah dibuat secara bertulis kepada
Jawatankuasa Rayuan Tatatertib yang sesuai dalam tempoh empat belas hari dari tarikh keputusan Jawatankuasa Tatatertib itu disampaikan kepada Ketua Pegawai Eksekutif itu.
(2)
Jawatankuasa
Rayuan
Tatatertib itu hendaklah, dalam tempoh empat belas hari dari tarikh rayuan itu diterima, menyerahkan sesalinan rayuan itu kepada Jawatankuasa Tatatertib yang sesuai itu.
(3)
Dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh Jawatankuasa Tatatertib itu menerima salinan rayuan di bawah subperaturan (2), Jawatankuasa Tatatertib hendaklah menyebabkan sesalinan rekod prosiding tatatertib terhadap
Ketua Pegawai Eksekutif dihantar kepada Jawatankuasa Rayuan Tatatertib berserta dengan alasan keputusan Jawatankuasa Tatatertib itu.
(4)
Pengerusi Jawatankuasa Rayuan Tatatertib boleh melanjutkan tempoh yang dinyatakan dalam subperaturan (1) atas permohonan Ketua Pegawai Eksekutif dan atas sebab-sebab yang mencukupi diberikan.
Pendengaran rayuan