Malaysia legislation

Section 16

of PERATURAN-PERATURAN LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM (JAWATANKUASA TATATERTIB DAN JAWATANKUASA RAYUAN TATATERTIB) 2023

Seksyen 16

(1)

Sebaik selepas menerima dokumen rayuan sebagaimana yang disebut dalam subperaturan 14(3) atau 15(3), yang mana berkenaan, Pengerusi Jawatankuasa

Rayuan Tatatertib yang sesuai itu hendaklah mengadakan suatu mesyuarat Jawatankuasa

Rayuan Tatatertib untuk menimbang rayuan itu.

(2)

Jawatankuasa Rayuan Tatatertib itu hendaklah memutuskan tiap-tiap rayuan semata-mata berdasarkan merit alasan rayuan itu tanpa menerima apa-apa pernyataan lanjut atau keterangan tambahan.

P.U. (A) 248 9

(3)

Walau apa pun subperaturan (2), Jawatankuasa Rayuan Tatatertib itu boleh, jika difikirkannya adil dan perlu dan tertakluk kepada hak pekerja itu untuk didengar, meminta apa-apa pernyataan lanjut atau keterangan tambahan daripada mana-mana orang lain.

Keputusan Jawatankuasa Rayuan Tatatertib

Section 16 — PERATURAN-PERATURAN LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM (JAWATANKUASA TATATERTIB DAN JAWATANKUASA RAYUAN TATATERTIB) 2023