Malaysia legislation
Section 17
Seksyen 17
(1)
Dalam menimbangkan rayuan terhadap keputusan suatu Jawatankuasa
Tatatertib, Jawatankuasa Rayuan Tatatertib itu boleh—
(a)
menghantar balik kes itu kepada Jawatankuasa Tatatertib itu untuk ditimbang semula;
(b)
mengesahkan keputusan Jawatankuasa Tatatertib itu;
(c)
mengesahkan keputusan Jawatankuasa Tatatertib itu berhubung dengan salah laku pekerja itu, tetapi mengubah hukuman kepada suatu hukuman yang lebih ringan; atau
(d)
mengakas keputusan dan hukuman Jawatankuasa Tatatertib itu dan membebaskan pekerja itu daripada pertuduhan terhadapnya.
(2)
Keputusan Jawatankuasa Rayuan Tatatertib adalah muktamad.
Pemberitahuan keputusan Jawatankuasa Rayuan Tatatertib