Malaysia legislation

Section 15

of PERATURAN-PERATURAN LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB) 2023

Seksyen 15

(1)

Seseorang pekerja tidak boleh dengan apa-apa cara menyebabkan dirinya berada dalam keterhutangan kewangan yang serius.

P.U. (A) 247 20

(2)

Keterhutangan kewangan yang serius kerana apa-apa jua pun sebab, selain akibat malang yang tidak dapat dielakkan yang tidak disebabkan dengan apa-apa cara oleh pekerja itu sendiri, hendaklah dianggap sebagai memburukkan nama Lembaga dan hendaklah menyebabkan pekerja itu boleh dikenakan tindakan tatatertib.

(3)

Jika keterhutangan kewangan yang serius telah berlaku akibat malang yang tidak dapat dielakkan, Lembaga boleh memberi pekerja itu apa-apa bantuan sebagaimana yang wajar mengikut hal keadaan.

(4)

Jika seseorang pekerja mendapati bahawa hutangnya menyebabkan atau mungkin menyebabkan keterhutangan kewangan yang serius kepadanya, atau suatu prosiding sivil berbangkit daripada hutang itu telah dimulakan terhadapnya, pekerja itu hendaklah dengan serta-merta melaporkan hakikat itu kepada Ketua Jabatan Sumber Manusia.

(5)

Seseorang pekerja yang tidak melaporkan atau lengah melaporkan keterhutangan kewangannya yang serius atau yang melaporkan keterhutangan kewangannya yang serius tetapi tidak mendedahkan takat keterhutangannya itu dengan sepenuhnya atau memberikan keterangan yang palsu atau yang mengelirukan mengenai keterhutangannya itu melakukan suatu pelanggaran tatatertib dan boleh dikenakan tindakan tatatertib.

(6)

Tanpa menjejaskan peruntukan lain dalam peraturan ini, jika hutang pekerja itu terjumlah kepada suatu keterhutangan kewangan yang serius tetapi dia belum dihukum bankrap, Ketua Jabatan Sumber Manusia hendaklah memantau dan, dari semasa ke semasa, mengkaji semula kes itu.

(7)

Seseorang pekerja hendaklah disifatkan sebagai berada dalam keterhutangan kewangan yang serius jika—

(a)

agregat hutang dan nilai tanggungan tidak bercagarnya pada bila-bila masa tertentu melebihi enam kali emolumen bulanannya;

P.U. (A) 247 21

(b)

dia ialah seorang penghutang penghakiman dan hutang penghakiman itu tidak dijelaskan dalam tempoh yang ditetapkan dalam penghakiman itu; atau

(c)

dia ialah seorang bankrap selagi dia belum dilepaskan daripada kebankrapan atau penghakiman kebankrapannya belum dibatalkan.

Laporan mengenai keterhutangan kewangan yang serius

Section 15 — PERATURAN-PERATURAN LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB) 2023