Malaysia legislation

Section 16

of PERATURAN-PERATURAN LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB) 2023

Seksyen 16

(1)

Jika Ketua Jabatan Sumber Manusia menerima laporan yang disebut dalam subperaturan 15(4) atau apa-apa laporan daripada mana-mana pihak bahawa prosiding sivil telah dimulakan terhadap seseorang pekerja, Ketua Jabatan

Sumber Manusia hendaklah mendapatkan daripada mahkamah suatu cabutan keputusan mutakhir mahkamah dalam prosiding itu.

(2)

Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah membuat perkiraan dengan pihak berkuasa mahkamah yang berkenaan bagi Ketua Jabatan Sumber Manusia untuk mendapatkan daripada pihak berkuasa itu suatu laporan berkenaan dengan pekerja itu jika—

(a)

pekerja itu, sebagai seorang penghutang penghakiman, didapati daripada fail guaman itu telah tidak menjelaskan hutang dalam tempoh yang ditetapkan dalam penghakiman itu;

(b)

pekerja itu telah memfailkan petisyen kebankrapannya sendiri;

atau

(c)

suatu petisyen kebankrapan oleh seorang pemiutang telah disampaikan terhadap pekerja itu.

(3)

Sebagai tambahan kepada perkiraan yang boleh dibuat di bawah subperaturan (2), Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah membuat perkiraan dengan

Ketua Pengarah Insolvensi bagi Ketua Pengarah Insolvensi menyampaikan kepada

P.U. (A) 247 22

Ketua Jabatan Sumber Manusia seseorang pekerja yang menjadi seorang bankrap suatu laporan yang mengandungi perkara yang berikut:

(a)

pernyataan hal ehwal yang difailkan oleh pekerja itu mengikut undang-undang kebankrapan yang sedang berkuat kuasa;

(b)

amaun bayaran ansuran yang diperintahkan atau yang dicadangkan dibuat;

(c)

sama ada atau tidak Ketua Pengarah Insolvensi bercadang untuk memulakan apa-apa prosiding selanjutnya dan, jika demikian, suatu pernyataan ringkas mengenai jenis prosiding selanjutnya itu;

(d)

sebab utama kebankrapan itu;

(e)

sama ada pada pendapat Ketua Pengarah Insolvensi kes itu melibatkan suatu malang yang tidak dapat dielakkan, kelakuan hina atau apa-apa hal keadaan lain yang khas, yang memihak atau tidak memihak kepada pekerja itu; dan

(f)

apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh Ketua Pengarah

Insolvensi, mengikut budi bicaranya, patut disebut.

(4)

Ketua Jabatan Sumber Manusia hendaklah menghantar laporan pekerja dan cabutan keputusan mahkamah yang diterima di bawah subperaturan (1)

dan laporan yang diterima di bawah subperaturan (2) dan (3) kepada Jawatankuasa

Tatatertib yang berkenaan bersama-sama dengan laporannya mengenai kerja dan kelakuan pekerja itu sebelum dan sejak keterhutangan kewangannya yang serius.

(5)

Setelah menimbangkan semua laporan dan cabutan yang dikemukakan kepadanya di bawah subperaturan (4), Jawatankuasa Tatatertib yang berkenaan hendaklah memutuskan sama ada hendak mengambil tindakan tatatertib terhadap pekerja berkenaan dan, jika demikian, apa tindakan yang hendak diambil.

P.U. (A) 247 23

(6)

Jika tindakan tatatertib yang diambil terhadap pekerja itu berkeputusan dengan hukuman penangguhan kenaikan gaji, Jawatankuasa Tatatertib yang berkenaan boleh, apabila habis tempoh penangguhan kenaikan gaji itu, memerintahkan supaya suatu amaun yang sama banyak dengan amaun yang diterima daripada kenaikan gaji yang dipulihkan itu ditambahkan kepada ansuran yang kena dibayar kepada

Ketua Pengarah lnsolvensi atau kepada mana-mana pemiutang penghakiman.

(7)

Seseorang pekerja yang telah dilepaskan daripada kebankrapan atau yang penghakiman kebankrapannya telah dibatalkan hendaklah dikira sebagai telah memulihkan kedudukan kredit kewangannya dengan sepenuhnya.

Meminjamkan wang