Skip to content

Seksyen 17

Meminjamkan wang

of Peraturan-Peraturan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 2023

P.U. (A)In forceProvision 17 of 22
Seksyen 17

(1)

Seseorang pekerja tidak boleh meminjamkan wang dengan faedah, sama ada dengan atau tanpa cagaran.

(2)

Penyimpanan wang secara deposit tetap atau ke dalam suatu akaun dalam mana-mana institusi kewangan atau koperasi atau dalam bon yang diterbitkan oleh Kerajaan atau oleh mana-mana badan berkanun tidak boleh dianggap sebagai peminjaman wang dengan faedah bagi maksud peraturan ini.