Malaysia legislation
Section 20
of PERATURAN-PERATURAN LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB) 2023
Seksyen 20
Seseorang pekerja tidak boleh menerbitkan atau menulis apa-apa buku, makalah atau karya lain yang berasaskan maklumat rasmi terperingkat.
P.U. (A) 247 24
Membuat pernyataan awam 21.
(1)
Seseorang pekerja tidak boleh sama ada secara lisan atau bertulis atau dengan apa-apa cara lain—
(a)
membuat apa-apa pernyataan awam yang boleh memudaratkan apa-apa dasar, rancangan atau keputusan Lembaga atau Kerajaan tentang apa-apa isu;
(b)
membuat apa-apa pernyataan awam yang boleh memalukan atau memburukkan nama Lembaga atau Kerajaan;
(c)
membuat apa-apa ulasan tentang kelemahan apa-apa dasar, rancangan atau keputusan Lembaga atau Kerajaan; atau
(d)
mengedarkan apa-apa pernyataan atau ulasan sama ada yang dibuat pekerja itu atau mana-mana orang lain.
(2)
Seseorang pekerja tidak boleh sama ada secara lisan atau bertulis atau dengan apa-apa cara lain—
(a)
membuat apa-apa ulasan tentang kelebihan apa-apa dasar, rancangan atau keputusan Lembaga atau Kerajaan;
(b)
memberikan apa-apa maklumat berdasarkan fakta yang berhubungan dengan penjalanan fungsi Lembaga;
(c)
memberikan apa-apa penjelasan berkenaan dengan apa-apa peristiwa atau laporan yang melibatkan Lembaga atau Kerajaan;
atau
(d)
menyebarkan apa-apa ulasan, maklumat atau penjelasan sama ada yang dibuat pekerja itu atau mana-mana orang lain,
P.U. (A) 247 25
melainkan jika kebenaran bertulis, sama ada secara am atau khusus, telah diperoleh terlebih dahulu daripada Ketua Pegawai Eksekutif.
(3)
Subperaturan (2) tidak terpakai bagi apa-apa ulasan, maklumat atau penjelasan yang dibuat, diberikan atau disebarkan jika kandungan ulasan, maklumat atau penjelasan itu telah diluluskan oleh Menteri.
(4)
Bagi maksud peraturan ini, "pernyataan awam" termasuklah apa-apa pernyataan atau ulasan yang dibuat kepada pihak akhbar atau orang awam atau semasa memberikan apa-apa syarahan atau ucapan awam atau dalam apa-apa penyiaran atau penerbitan, tanpa mengambil kira caranya.
Larangan bertindak sebagai seorang penyunting, dsb., dalam mana-mana penerbitan 22.
Seseorang pekerja tidak boleh bertindak sebagai penyunting bagi, atau mengambil bahagian secara langsung atau tidak langsung dalam pengurusan bagi, atau dengan apa-apa cara membuat apa-apa sumbangan kewangan atau selainnya kepada, mana-mana penerbitan, termasuk mana-mana surat khabar, majalah atau jurnal, tanpa mengambil kira cara surat khabar, majalah atau jurnal itu diterbitkan, kecuali penerbitan yang berikut:
(a)
penerbitan jabatan;
(b)
penerbitan profesional;
(c)
penerbitan organisasi sukarela yang tidak bercorak politik; dan
(d)
penerbitan yang diluluskan secara bertulis oleh Ketua Pegawai Eksekutif bagi maksud peraturan ini.
P.U. (A) 247 26
Mengambil bahagian dalam politik 23.
(1)
Seseorang pekerja dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi atau
Kumpulan Pengurusan dan Professional tidak boleh mengambil bahagian aktif dalam aktiviti politik atau memakai apa-apa lambang suatu parti politik, dan khususnya, dia tidak boleh—
(a)
membuat apa-apa pernyataan awam, sama ada secara lisan atau bertulis, yang memberikan suatu pandangan yang berat sebelah tentang apa-apa perkara yang menjadi isu antara parti politik;
(b)
menerbitkan atau mengedarkan apa-apa bahan yang mengemukakan pandangannya yang berat sebelah atau pandangan orang lain, tentang apa-apa perkara yang berkaitan dengan mana-mana parti politik;
(c)
terlibat dalam rayu undi bagi menyokong mana-mana calon dalam suatu pilihan raya bagi Dewan Rakyat atau bagi mana-mana
Dewan Undangan Negeri atau apa-apa pemilihan untuk apa-apa jawatan dalam mana-mana parti politik;
(d)
bertindak sebagai ejen pilihan raya atau ejen tempat mengundi atau atas apa-apa sifat untuk atau bagi pihak seseorang calon dalam suatu pilihan raya bagi Dewan Rakyat atau bagi mana-mana
Dewan Undangan Negeri;
(e)
bertanding untuk apa-apa jawatan dalam mana-mana parti politik; atau
(f)
memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana parti politik.
P.U. (A) 247 27
(2)
Seseorang pekerja dalam
Kumpulan
Bukan
Eksekutif boleh, setelah mendapatkan kelulusan bertulis Lembaga, dibenarkan bertanding atau memegang jawatan atau dilantik bagi memegang apa-apa jawatan dalam suatu parti politik.
(3)
Walau apa pun subperaturan (1), seseorang pekerja yang dibenarkan bercuti hingga ke tarikh persaraannya bagi maksud menghabiskan cutinya yang terkumpul boleh mengambil bahagian dalam aktiviti politik jika—
(a)
dia telah terlebih dahulu mendapatkan kelulusan bertulis
Lembaga untuk berbuat demikian; dan
(b)
dengan penglibatan sedemikian dia tidak melanggar peruntukan
Akta Rahsia Rasmi 1972 [Akta 88].
(4)
Suatu permohonan bagi kelulusan di bawah perenggan 3(a)
hendaklah dibuat tidak kurang daripada tiga bulan sebelum tarikh pekerja itu dibenarkan bercuti sebelum persaraannya.
(5)
Tiada apa-apa jua dalam peraturan ini boleh menghalang seseorang pekerja daripada menjadi anggota biasa mana-mana parti politik.