Malaysia legislation
Section 55
of PERATURAN-PERATURAN LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB) 2023
Seksyen 55
(1)
Tiap-tiap pekerja hendaklah memberi Ketua Jabatannya alamat kediamannya atau apa-apa perubahan alamat itu dan alamat itu hendaklah menjadi alamatnya bagi maksud menyampaikan kepadanya apa-apa notis atau dokumen yang dikehendaki disampaikan di bawah Peraturan-Peraturan ini atau bagi maksud
P.U. (A) 247 53
berkomunikasi dengannya mengenai apa-apa perkara yang berhubungan dengan
Peraturan-Peraturan ini.
(2)
Apa-apa notis, dokumen atau komunikasi yang ditinggalkan di atau diposkan ke atau dihantar dengan apa-apa cara lain yang munasabah ke alamat bagi penyampaian yang diberikan di bawah subperaturan (1) hendaklah disifatkan telah disampaikan atau diberitahu dengan sewajarnya kepada pekerja itu.
Tandatangan pada surat dan persuratan lain 56.
Apa-apa surat-menyurat antara Jawatankuasa Tatatertib yang berkenaan dengan pekerja yang tertakluk kepada tindakan tatatertib hendaklah ditandatangani oleh Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib yang berkenaan atau oleh mana-mana anggota
Jawatankuasa Tatatertib bagi pihak Pengerusi.
Dibuat 7 Ogos 2023
[HRD/4/DISIPLINLPPSA/V1.0(53); PN(PU2)736]
DATUK JOHAN MAHMOOD MERICAN
Pengerusi
Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam
P.U. (A) 247 54
PUBLIC SECTOR HOME FINANCING BOARD ACT 2015
PUBLIC SECTOR HOME FINANCING BOARD (CONDUCT AND DISCIPLINE)
REGULATIONS 2023
_________________________________________