Malaysia legislation

Section 2

of PERATURAN-PERATURAN LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA (PEMERBADANAN) (TAHAP PEMBEBASAN FORMALDEHID DARIPADA PRODUK BERASASKAN PANEL) 2025

Seksyen 2

Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“formaldehid” ertinya gas beracun, tidak berwarna dan berbau sengit dan digunakan sebagai pengawet dalam sintesis kimia dan dalam pembuatan resin sintetik;

“pengangkutan”

ertinya pengangkutan produk berasaskan panel dari

Negeri Sabah atau Sarawak ke Semenanjung Malaysia atau ke Wilayah Persekutuan

Labuan melalui darat, laut atau udara;

“pengeluar” ertinya seseorang yang mengeluarkan atau mengilang dan menjalankan aktiviti sebagai pedagang bagi produk berasaskan panel bagi maksud pasaran dalam negeri;

P.U. (A) 48 3

“pengangkut” ertinya seseorang yang mengangkut produk berasaskan panel dari

Negeri Sabah atau Sarawak ke Semenanjung Malaysia atau ke Wilayah Persekutuan

Labuan melalui darat, laut atau udara;

“produk berasaskan panel” ertinya produk panel yang diperbuat daripada kayu atau bahan lignoselulosa lain dalam bentuk sama ada venir, serpai, partikel, kepingan atau gentian yang diproses menggunakan perekat sintetik sebagaimana yang disenaraikan dalam Jadual Pertama.

Section 2 — PERATURAN-PERATURAN LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA (PEMERBADANAN) (TAHAP PEMBEBASAN FORMALDEHID DARIPADA PRODUK BERASASKAN PANEL) 2025