Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
Ketua Pengarah hendaklah—
(1)
Mana-mana orang berdaftar hendaklah dengan serta merta memberitahu pegawai kanan kastam secara bertulis apabila—
(a)
terdapat apa-apa perubahan pada nama perniagaan;
(b)
terdapat apa-apa perubahan pada alamat mana-mana tempat perniagaan;
(c)
terdapat apa-apa perubahan pada status perniagaan; atau
(d)
terdapat apa-apa perubahan pada ejen yang dilantik.
(2)
Pegawai kanan kastam hendaklah merekodkan perubahan yang diberitahu itu.
(3)
Mana-mana orang berdaftar yang melanggar subperaturan (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
P.U. (A) 215 6