Malaysia legislation

Section 5

of PERATURAN-PERATURAN LEVI PELEPASAN 2019

Seksyen 5

(1)

Tiap-tiap orang berdaftar hendaklah mengemukakan suatu penyata sebagaimana yang dikehendaki di bawah seksyen 19 Akta kepada Ketua Pengarah dalam

Borang DL-02.

(2)

Semua butir yang dikehendaki dalam Borang DL-02 hendaklah dikemukakan oleh orang berdaftar itu dengan lengkap dan hendaklah mengandungi suatu perakuan bahawa penyata itu adalah benar dan lengkap.

(3)

Penyata yang dibuat di bawah subperaturan (1) hendaklah dikemukakan kepada Ketua Pengarah melalui perkhidmatan elektronik atau pos.

(4)

Penyata hendaklah disifatkan telah dikemukakan—

(a)

dalam hal perkhidmatan elektronik, apabila penyata itu telah diterima oleh Ketua Pengarah melalui perkhidmatan elektronik; dan

(b)

dalam hal penyerahan melalui pos, pada tarikh tanda pos.

(5)

Mana-mana orang berdaftar yang melanggar subperaturan (1) atau (2)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Pembetulan kesilapan

Section 5 — PERATURAN-PERATURAN LEVI PELEPASAN 2019