Skip to content

Seksyen 4

Cara mengkompaun

of Peraturan-Peraturan Levi Pelepasan (Pengkompaunan Kesalahan) 2019

P.U. (A)In forceProvision 4 of 5
Seksyen 4

(1)

Apabila menerima maklumat atau aduan bahawa suatu kesalahan yang boleh dikompaun telah dilakukan, mana-mana pegawai kastam boleh, dengan keizinan

Pendakwa Raya secara bertulis, mengeluarkan tawaran untuk mengkompaun kesalahan tersebut dalam Borang 2 Jadual Kedua.

3

(2)

Tawaran untuk mengkompaun suatu kesalahan adalah bagi tempoh empat belas hari atau apa-apa tempoh lanjutan masa sebagaimana yang diberikan oleh

Ketua Pengarah, dan jika pembayaran penuh bagi jumlah yang ditawarkan itu dibuat pada atau sebelum habis tempoh empat belas hari itu atau apa-apa tempoh lanjutan, tiada prosiding selanjutnya boleh diambil terhadap orang yang telah melakukan kesalahan itu.

(3)

Jika tiada pembayaran bagi kompaun yang telah ditawarkan itu dibuat dalam tempoh yang dinyatakan dalam subperaturan (2), pendakwaan boleh dimulakan tanpa notis selanjutnya.