Malaysia legislation

Section 3

of PERATURAN-PERATURAN MAJLIS KESELAMATAN NEGARA (PENGAMBILMILIKAN SEMENTARA (TANAH, BANGUNAN ATAU HARTA ALIH), PERMINTAAN PENGGUNAAN SUMBER DAN PEMUSNAHAN BANGUNAN ATAU STRUKTUR) 2016

Seksyen 3

Pengambilmilikan sementara

(1)

Bagi maksud pengambilmilikan sementara mana-mana tanah, bangunan atau harta alih dalam kawasan yang telah diisytiharkan sebagai suatu kawasan keselamatan, Pengarah Operasi atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Pengarah

Operasi hendaklah mengeluarkan notis dalam Borang 1 kepada pemunya atau penghuni tanah atau bangunan atau pemunya harta alih itu.

P.U. (A) 211 3

(2)

Pengarah Operasi atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh

Pengarah Operasi hendaklah menyampaikan Borang 1 kepada pemunya atau penghuni tanah atau bangunan atau pemunya harta alih itu mengikut apa-apa cara yang difikirkannya patut.

(3)

Apabila Pengarah Operasi berpuas hati bahawa pengambilmilikan mana-mana tanah, bangunan atau harta alih tidak diperlukan lagi, Pengarah Operasi hendaklah membatalkan pengambilmilikan sementara mana-mana tanah, bangunan atau harta alih dengan mengeluarkan notis dalam Borang 2 kepada pemunya atau penghuni tanah atau bangunan atau pemunya harta alih itu.

(4)

Pengarah Operasi atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh

Pengarah Operasi hendaklah menyampaikan Borang 2 kepada pemunya atau penghuni tanah atau bangunan atau pemunya harta alih itu mengikut apa-apa cara yang difikirkannya patut.

Bantahan

Section 3 — PERATURAN-PERATURAN MAJLIS KESELAMATAN NEGARA (PENGAMBILMILIKAN SEMENTARA (TANAH, BANGUNAN ATAU HARTA ALIH), PERMINTAAN PENGGUNAAN SUMBER DAN PEMUSNAHAN BANGUNAN ATAU STRUKTUR) 2016