Skip to content

Seksyen 5

Permintaan bagi penggunaan sumber

of Peraturan-Peraturan Majlis Keselamatan Negara (Pengambilmilikan Sementara (Tanah, Bangunan atau Harta Alih), Permintaan Penggunaan Sumber dan Pemusnahan Bangunan atau Struktur) 2016

P.U. (A)In forceProvision 5 of 7
Seksyen 5

(1)

Bagi maksud penggunaan sumber dalam kawasan yang telah diisytiharkan sebagai suatu kawasan keselamatan, Pengarah Operasi atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Pengarah Operasi hendaklah mengeluarkan notis dalam

Borang 4 kepada orang yang sumbernya diperlukan.

(2)

Pengarah Operasi atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh

Pengarah Operasi hendaklah menyampaikan Borang 4 kepada orang yang sumbernya diperlukan mengikut apa-apa cara yang difikirkannya patut.

(3)

Apabila Pengarah Operasi berpuas hati bahawa tiada keperluan untuk meneruskan penggunaan sumber, Pengarah Operasi hendaklah mengeluarkan notis

P.U. (A) 211 4

penamatan penggunaan sumber dalam Borang 5 kepada orang di bawah subperaturan (1).

(4)

Pengarah Operasi atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh

Pengarah Operasi hendaklah menyampaikan Borang 5 kepada orang di bawah subperaturan (1) mengikut apa-apa cara yang difikirkannya patut.