Skip to content

Seksyen 4

Pengambilan dan penyerahan sampel

of Peraturan- Peraturan Makanan Haiwan (Kaedah Menganalisis Makanan Haiwan dan Bentuk Perakuan Analisis) 2012

P.U. (A)In forceProvision 5 of 7
Seksyen 4

Bagi maksud analisis, seseorang pegawai diberi kuasa hendaklah mengambil sampel apa-apa makanan haiwan atau bahan tambahan makanan haiwan mengikut seksyen 32 Akta dan hendaklah menyerahkan sampel tersebut ke makmal yang ditetapkan dalam keadaan seperti berikut:

P.U. (A) 254 4

(a)

menggunakan borang penyerahan sampel dalam Borang 1;

(b)

menandakan sampel dengan butir-butir seperti yang berikut:

(i)

nombor pengenalan sampel;

(ii)

saiz sampel, seperti yang ditetapkan dalam seksyen 36 Akta;

(iii)

tarikh dan masa sampel diambil; dan

(iv)

nama dan tandatangan pegawai diberi kuasa;

(c)

mengelak sampel dengan betul; dan

(d)

menghantar sampel secara sendiri atau melalui pegawai diberi kuasa yang lain.