Skip to content

Seksyen 15

Peruntukan peralihan

of Peraturan-Peraturan Makanan Haiwan (Lesen untuk Mengimport Makanan Haiwan atau Bahan Tambahan Makanan Haiwan) 2012

P.U. (A)In forceProvision 15 of 15
Seksyen 15

(1)

Mana-mana orang yang, pada tarikh permulaan kuat kuasa Peraturan-Peraturan ini, sedang mengimport makanan haiwan atau bahan tambahan makanan haiwan dan berhasrat untuk terus mengimport makanan haiwan atau bahan tambahan makanan haiwan hendaklah, dalam tempoh enam bulan dari tarikh permulaan kuat

P.U. (A) 256 8

kuasa Peraturan-Peraturan ini, memohon untuk mendapatkan lesen di bawah peraturan 3.

(2)

Apabila menerima suatu permohonan di bawah subperaturan (1),

Lembaga hendaklah mengeluarkan pengakuterimaan kepada orang itu.

(3)

Apabila suatu permohonan untuk mendapatkan lesen ditolak, Lembaga hendaklah menghantar suatu notis kepada pemohon memberitahu pemohon mengenai penolakan itu dan notis itu hendaklah juga mengarahkan pemohon untuk memberhentikan pengimportan makanan haiwan atau bahan tambahan makanan haiwan dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu.

(4)

Mana-mana orang yang disebut dalam subperaturan (1) yang terkilan dengan keputusan Lembaga untuk enggan mengeluarkan lesen bagi mengimport makanan haiwan atau bahan tambahan makanan haiwan boleh merayu kepada Menteri dengan cara yang ditetapkan dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh keengganan tersebut.

(5)

Mana-mana orang yang disebut dalam subperaturan (1) boleh terus menjalankan aktiviti pengimportan itu sementara menunggu penentuan permohonanannya untuk mendapatkan lesen atau rayuannya kepada Menteri.

P.U. (A) 256 9