Malaysia legislation

Section 8

of PERATURAN-PERATURAN MAKANAN HAIWAN (LESEN UNTUK MENGIMPORT MAKANAN HAIWAN ATAU BAHAN TAMBAHAN MAKANAN HAIWAN) 2012

Seksyen 8

(1)

Pemegang lesen boleh memohon untuk memperbaharui lesen untuk mengimport makanan haiwan atau bahan tambahan makanan haiwan kepada Lembaga dalam Borang 2.

(2)

Suatu permohonan yang dibuat di bawah subperaturan (1) hendaklah dibuat pada atau sebelum 1 Disember setiap tahun.

(3)

Jika Lembaga meluluskan permohonan bagi pembaharuan lesen di bawah subperaturan (2), fi yang ditetapkan di bawah Peraturan-Peraturan ini hendaklah kena dibayar.

(4)

Jika pemegang lesen gagal untuk membuat permohonan untuk memperbaharui lesen dalam tempoh masa yang dinyatakan dalam subperaturan (2), pemegang lesen hendaklah membuat permohonan kepada Lembaga dalam Borang 2.

(5)

Jika Lembaga meluluskan permohonan lewat bagi pembaharuan lesen di bawah subperaturan (4), fi yang ditetapkan di bawah Peraturan-Peraturan ini hendaklah kena dibayar.

(6)

Lembaga boleh, apabila meluluskan pembaharuan lesen, mengenakan apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkannya patut.

P.U. (A) 256 6

Salinan pendua lesen

Section 8 — PERATURAN-PERATURAN MAKANAN HAIWAN (LESEN UNTUK MENGIMPORT MAKANAN HAIWAN ATAU BAHAN TAMBAHAN MAKANAN HAIWAN) 2012