Malaysia legislation

Section 2

of PERATURAN-PERATURAN MAKANAN HAIWAN (PELABELAN MAKANAN HAIWAN ATAU BAHAN TAMBAHAN MAKANAN HAIWAN) 2012

Seksyen 2

(1)

Semua makanan haiwan atau bahan tambahan makanan haiwan dalam bungkusan hendaklah dilabelkan dan mengandungi butiran seperti yang berikut:

(a)

jenama produk;

(b)

negara pembuat;

(c)

jenis haiwan yang dirujuk dan tujuan penggunaan;

(d)

nama dan alamat pembuat termasuk pengimport, pengedar tunggal atau pengeluar;

(e)

jenis ramuan mentah;

(f)

sekiranya makanan haiwan mengandungi daging babi, atau terbitan atau lemaknya, pernyataan kehadiran daging babi sedemikian, atau terbitan, atau lemaknya dalam makanan haiwan, dalam bentuk

P.U. (A) 252 4

"MENGANDUNGI (menyatakan sama ada daging babi, atau terbitan, atau lemaknya mengikut mana yang berkenaan)" atau dengan perkataan lain yang menunjukkan hal ini;

(g)

kandungan nutrien;

(h)

nama dagang bahan antibiotik aktif, takat pemasukan dan tempoh penarikan;

(i)

takat pemasukan hormon;

(j)

nama dagang bahan aktif bagi bahan kimia lain;

(k)

berat bersih;

(l)

tarikh pembuatan; dan

(m)

tarikh luput.

(2)

Butir-butir yang disebut dalam subperaturan (1) hendaklah mudah dilihat, mudah dibaca dan kekal.

(3)

Label tidak perlu dicetak atau dilampirkan kepada bahan pukal yang akan diimport, diedarkan atau disimpan tetapi hendaklah disimpan di pejabat simpanan atau mengiringi konsainan semasa pengangkutan.

Penalti

Section 2 — PERATURAN-PERATURAN MAKANAN HAIWAN (PELABELAN MAKANAN HAIWAN ATAU BAHAN TAMBAHAN MAKANAN HAIWAN) 2012