Malaysia legislation

Section 10

of PERATURAN-PERATURAN MAKANAN HAIWAN (PEMBUATAN DAN PENJUALAN MAKANAN HAIWAN ATAU BAHAN TAMBAHAN MAKANAN HAIWAN) 2012

Seksyen 10

Salinan pendua sijil pendaftaran

(1)

Orang berdaftar boleh memohon kepada Lembaga bagi salinan pendua sijil pendaftaran bagi sijil yang telah hilang, dimusnahkan atau telah menjadi cacat.

(2)

Suatu permohonan di bawah subperaturan (1) hendaklah dibuat dalam

Borang 5.

7

(3)

Lembaga boleh menghendaki pemohon untuk mengemukakan butir-butir lanjut, maklumat atau dokumen lain yang difikirkannya patut untuk tujuan permohonan itu.

(4)

Lembaga boleh mengeluarkan suatu salinan pendua bagi sijil pendaftaran dalam bentuk yang sama seperti yang asal tetapi dengan perkataan “SALINAN PENDUA”

ditandai pada sijil itu.

(5)

Sijil yang dikeluarkan di bawah subperaturan (4) hendaklah mempunyai maksud yang sama seperti sijil yang asal.

(6)

Jika Lembaga meluluskan permohonan bagi salinan pendua sijil pendaftaran di bawah subperaturan (2), fi yang ditetapkan di bawah Peraturan-Peraturan ini hendaklah kena dibayar.

Perubahan maklumat

Section 10 — PERATURAN-PERATURAN MAKANAN HAIWAN (PEMBUATAN DAN PENJUALAN MAKANAN HAIWAN ATAU BAHAN TAMBAHAN MAKANAN HAIWAN) 2012