Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
Pengeluaran sijil pendaftaran
(1)
Lembaga boleh, setelah mempertimbangkan sesuatu permohonan di bawah subperaturan 3(2) dan setelah berpuas hati bahawa pemohon telah mematuhi semua kehendak di bawah Peraturan-Peraturan ini, mengeluarkan sijil pendaftaran bagi pembuat atau penjual makanan haiwan atau bahan tambahan makanan haiwan, mengikut mana-mana yang berkenaan, sebagaimana yang ditetapkan dalam Jadual
Kedua.
(2)
Lembaga boleh mengenakan apa-apa syarat bagi pengeluaran sijil di bawah peraturan ini dan boleh, dari semasa ke semasa, mengubah, menambah, membatalkan atau meminda syarat yang dikenakan terhadap orang berdaftar.
(3)
Sijil pendaftaran adalah sah selama tempoh tidak melebihi satu tahun dari tarikh pengeluarannya.
Pembaharuan pendaftaran