Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
(1)
Orang berdaftar boleh membaharui pendaftarannya sebagai pembuat atau penjual makanan haiwan atau bahan tambahan makanan haiwan melalui permohonan yang dibuat kepada Lembaga dalam Borang 3 dan Borang 4, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(2)
Permohonan yang dibuat di bawah subperaturan (1) hendaklah dibuat dalam tempoh tiga bulan sebelum tarikh habis tempoh pendaftaran.
(3)
Jika Lembaga meluluskan permohonan untuk membaharui pendaftaran di bawah subperaturan (1), fi yang ditetapkan di bawah Peraturan-Peraturan ini hendaklah kena dibayar.
5
(4)
Mana-mana pembaharuan lewat adalah tertakluk kepada fi yang ditetapkan.
(5)
Lembaga boleh, semasa meluluskan pembaharuan pendaftaran, mengenakan apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkannya patut.
Pembatalan pendaftaran