Malaysia legislation
Section 8
Seksyen 8
(1)
Lembaga boleh membatalkan pendaftaran di bawah mana-mana hal keadaan yang berikut:
(a)
orang berdaftar telah gagal mematuhi mana-mana peruntukan
Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
(b)
orang berdaftar telah gagal mematuhi mana-mana terma atau syarat pendaftaran;
(c)
orang berdaftar telah mendapatkan sijil pendaftaran secara fraud atau secara salah nyataan; atau
(d)
telah berlaku apa-apa perbuatan atau peninggalan oleh orang berdaftar atau telah wujud suatu perubahan dalam hal keadaan sehingga menyebabkan orang berdaftar itu tidak lagi berhak untuk didaftarkan di bawah Peraturan-Peraturan ini.
(2)
Sebelum Lembaga membuat keputusan di bawah subperaturan (1),
Lembaga hendaklah memberi orang berdaftar itu—
(a)
suatu notis bertulis mengenai niat untuk membatalkan pendaftaran itu; dan 6
(b)
suatu peluang untuk membuat representasi bertulis dalam suatu tempoh yang dinyatakan dalam notis bertulis itu yang hendaklah tidak kurang daripada empat belas hari dari tarikh notis itu.
(3)
Lembaga hendaklah, selepas mempertimbangkan representasi bertulis yang dibuat oleh orang berdaftar di bawah subperaturan (2), jika ada, memutuskan sama ada untuk membatalkan pendaftaran itu.
(4)
Lembaga hendaklah memberi orang berdaftar suatu notis bertulis mengenai keputusannya di bawah subperaturan (3) seberapa segera yang dapat dilaksanakan.
(5)
Jika suatu pendaftaran dibatalkan, pendaftaran itu adalah tidak sah dari tarikh pembatalan.
(6)
Mana-mana orang yang terkilan dengan pembatalan mana-mana pendaftaran boleh merayu secara bertulis kepada Menteri dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh notis pembatalan diserah kepada orang tersebut.
(7)
Keputusan Menteri dalam rayuan di bawah subperaturan (6) adalah muktamad.
Penyerahan sijil pendaftaran