Skip to content

Seksyen 4

Peralihan

of Peraturan-Peraturan Makanan Haiwan (Pembuatan dan Penjualan Makanan Haiwan atau Bahan Tambahan Makanan Haiwan) (Pindaan) 2023

P.U. (A)In forceProvision 4 of 4
Seksyen 4

(1)

Mana-mana kelulusan untuk permohonan bagi pendaftaran di bawah

Peraturan-Peraturan ibu hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa

Peraturan-Peraturan ini, disifatkan telah diluluskan di bawah Peraturan-Peraturan ibu sebagaimana yang dipinda oleh Peraturan-Peraturan ini dan hendaklah terus sah sehingga dibatalkan atau tamat tempoh.

(2)

Apa-apa permohonan bagi pendaftaran yang dibuat di bawah

Peraturan-Peraturan ibu yang belum selesai sebelum tarikh permulaan kuat kuasa

Peraturan-Peraturan ini hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa

Peraturan-Peraturan ini, diuruskan mengikut peruntukan Peraturan-Peraturan ibu sebagaimana yang dipinda oleh Peraturan-Peraturan ini.

Dibuat 6 September 2023

[KP/LA/483/20 Jld.3; PN(PU2)702/IV]

DATUK SERI HAJI MOHAMAD BIN SABU

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan

4

FEED ACT 2009

FEED (MANUFACTURE AND SALE OF FEED OR FEED ADDITIVE)

(AMENDMENT) REGULATIONS 2023