Malaysia legislation
Section 4
of PERATURAN-PERATURAN MAKANAN (PENGKOMPAUNAN KESALAHAN) 2017
Seksyen 4
(1)
Jika suatu tawaran untuk mengkompaun kesalahan disetuju terima oleh orang yang kepadanya tawaran itu dibuat, dia boleh membuat pembayaran kompaun itu secara tunai atau melalui kiriman wang, wang pos atau draf bank kepada Pengarah atau pegawai diberi kuasa yang diberi kuasa oleh Pengarah.
3
(2)
Pembayaran yang dibuat di bawah subperaturan (1)—
(a)
secara tunai hendaklah diserahkan sendiri; atau
(b)
melalui kiriman wang, wang pos atau draf bank boleh diserahkan sendiri atau dihantar melalui pos berdaftar prabayar yang dialamatkan, ke pejabat Pengarah atau pegawai diberi kuasa yang diberi kuasa oleh Pengarah.
(3)
Pengarah atau pegawai diberi kuasa yang diberi kuasa oleh Pengarah hendaklah mengeluarkan suatu resit rasmi bagi tiap-tiap pembayaran yang diterima di bawah subperaturan (1) kepada orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat.
4