Skip to content

Seksyen 2

Peraturan baru 27A

of Peraturan-Peraturan Makanan (Pindaan) 2012

P.U. (A)In forceProvision 2 of 3
Seksyen 2

Peraturan-Peraturan Makanan 1985 [P.U. (A) 437/1985], yang disebut “Peraturan-Peraturan ibu” dalam Peraturan-Peraturan ini, dipinda dengan memasukkan selepas peraturan 27 peraturan yang berikut:

“Botol susu yang dilarang 27A.

(1)

Tiada seorang pun boleh mengimport, mengilang atau mengiklankan untuk jualan atau menjual apa-apa botol susu yang mengandungi

Bisphenol A (BPA).

(2)

Perkataan “bebas BPA” boleh dilabelkan pada botol susu atau bungkusan botol susu yang tidak mengandungi Bisphenol A (BPA).”.

Peraturan baru 178A